Soalan Yang Selalu Ditanya

Disini produk nya terjamin keaslian. Kami ada kumpulan pemburu madu sendiri dan kilang penapisan sarang madu yang diiktiraf oleh MESTI KKM. Madu kami juga sudah disahkan asli oleh makmal UNIPEQ UKM.

  • Makmal UNIPEQ UKM No. Ref.: ULUKM/10120/14(S)
  • KKM FOSIM No. B05P1130908-009269
  • Quarantine Certificate: 2013.1.025.0110.E.000558
  • Halal LPPOM PUI00120048130608

Perbezaan pada tempat tuaian dan rasa sahaja, khasiatnya sama.

Madu emas gelap yang dituai di kawasan tanah rendah mempunyai rasa masam manis manakala madu kuning emas yang dituai di kawasan tanah tinggi adalah lebih manis.

Perbezaan pokok dan debunga sekitar adalah sarang asbab kenapa kedua-dua madu ini mempunyai warna dan rasa berbeza namun setelah dikaji khasiatnya lebih kurang sama sahaja.

Iklim hutan alam Melayu kita adalah hujan dan panas sepanjang tahun. Oleh itu, kelembapan nektar bunga kita lebih tinggi berbanding nektar bunga di negara 4 musim. Wajarlah madu yang dikumpul oleh lebah disini akan kelihatan sedikit lebih cair.

Saya tidak melihat hal ini sebagai kelemahan justeru ia adalah kelebihan. Lebah Tualang mampu menghasilkan madu sepanjang tahun!

Madu asli juga mengalami proses penapaian secara semulajadi di dalam sarang madu (𝘩𝘰𝘯𝘦𝘺𝘤𝘦𝘭𝘭𝘴) nya . Setelah penapian penuh, lebah akan tutup sarang tersebut.

Proses penapaian itu yang menghasilkan gas yang berbau tengik dan hamis.

Penapaian dalam madu tualang terjadi kerana,

1. Kehadiran bakteria baik probiotik yang banyak sekali seperti laktobasilus yang bermanfaat untuk penghadaman.
2. Madu yang muda (𝘴𝘦𝘮𝘪-𝘧𝘦𝘳𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘥) dituai bersama madu yang tua (𝘧𝘶𝘭𝘭𝘺-𝘧𝘦𝘳𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘥).
3. Goncangan ketika penghantaran.
4. Kadar air (𝘮𝘰𝘪𝘴𝘵𝘶𝘳𝘦) semulajadi dalam nektar bunga yang tinggi.

Gas yang terbentuk dipermukaan botol sebenarnya adalah gas oksigen (O2) yang bermanfaat untuk paru kita kerana terhasil dari pemecahan 2(HO). Bukan gas karbon dioksida (CO2) sebagaimana minuman bikarbonat.

Fenomena madu bergas biasanya hanya berlaku pada pertama atau kedua kali penutup botol di buka. Setelah beberapa lama, gas akan hilang. Khasiat madu tetap sahaja bertambah bagus, boleh diminum, dan tiada tarikh luput.

Pihak kami akan bertanggungjawab sepenuhnya andai terjadi sebarang kerosakan semasa penghantaran dengan menggantikan madu yang baru.

Boleh tapi kami lebih menggalakkan penggunaan online banking melalui toyyibpay.

Kod promo akan diberikan melalui emel atau sms setelah tuan/puan mendaftarkan akaun baru di laman sesawang ini.