MADU PALING UNGGUL HUTAN ALAM MELAYU

PEMBURU MADU QUADMEDS , TUAI SENDIRI ! TERUS DARI HUTAN NUSANTARA

“Madu lebah, yang diambil dari gunung-gunung dan pokok-pokok adalah lebih unggul dari madu yang diambil dari sarang lebah ternak , kerana berhubungkait dengan habitat ( sumber nectar) lebah “ – kitab Thibb An – Nabawi

“ Telah diuji ketulenan madu di makmal yang diiktiraf “

KENAPA MADU TUALANG ?

Pokok Tualang kalau diterjemah ke bahasa inggeris akan jadi “Bee Tree” iaitu pokok lebah. Dalam istilah bahasa Melayu “Tualang” bermaksud orang yang bertualang, orang yang tidak tentu tempat tinggalnya, orang yang mengembara.

Orang Melayu melihat karakter lebah “Apis Dorsata” sering berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain lalu dinamakan ia “Lebah Tualang”. Sementara pokok-pokok kayu yang dikoloni oleh lebah ini disebut pokok Tualang.

Kajian makmal membuktikan bahawa madu Tualang memiliki kesan antikuman, antiinflamasi, antioksidan, antikanser, antitumor dan antidiabetik malah sebagai tambahan penyembuhan luka (Sarfarz Ahmad, 2013)

BAGAIMANA PROSES TUAI MADU ?