Categories
Madu Tualang

“Saya perhatikan mereka yang amalkan madu tualang, rata-rata tidak mempunyai masalah berat badan berlebihan”

Tahun 2013, sebanyak 2.1 bilion orang di seluruh dunia mengalami masalah berat badan berlebih (overweight) dan kegemukan (obesity) tidak kira status sosioekonomi mereka.

Berat badan berlebihan dan kegemukan dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada penyakit kronik lain seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, dan juga kanser tertentu.

Pelbagai faktor diketahui membawa kepada masalah kesihatan ini tetapi pendedahan kepada makanan tidak sihat telah dikenal pasti sebagai penyebab utama.

Madu boleh disebut juga sebagai salah satu makanan fungsional kerana selain rasa manis semulajadi, madu mempunyai indeks glisemik rendah dan sifat-sifat perubatan lain. Manfaatnya untuk kesihatan dan kegunaannya telah diketahui oleh manusia sejak zaman purba dan dicatat dalam teks perubatan dari pelbagai tamadun dunia.

Penemuan dari banyak kertas penyelidikan juga menunjukkan keupayaan madu dalam mengawal berat badan berlebihan dan kegemukan apabila diminum, sehingga menjadikannya agen Anti-obesiti yang amat berpotensi.

10 FAKTA KAJIAN MADU DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN BERLEBIH DAN KEGEMUKKAN

Ada satu mitos beredar dikalangan masyarakat; orang takut minum madu kononnya kerana takut gemuk dan berkalori tinggi.

Benarkah fakta itu? Penemuan ilmiah justeru mendapati hasil sebaliknya dan lebih menakjubkan:

🍯 Suhana S. et al (2017) menyebutkan bahawa pengambilan madu dapat menyebabkan penukaran makanan berlebihan menjadi tenaga dan bukannya ditukar menjadi lemak untuk penyimpanan.

🍯 Data dari kajian ke atas subjek manusia diberikan madu juga menunjukkan pengurangan berat badan, lemak tubuh, dan penurunan yang signifikan pada jumlah kolesterol.

🍯 Yaghoobi et al. (2008) menunjukkan bahawa pengambilan madu dapat mengurangkan kolesterol jahat (LDL-C) dan tahap trigliserida serta sedikit peningkatan kolesterol baik (HDL-C).

🍯 Lebih dari 90% komposisi madu adalah gula ringkas yang mudah diserap dan di-metabolisma-kan selepas pengambilan.

🍯 Pengambilan madu dapat mengurangkan tahap glukosa plasma yang mana dapat mengurangkan pemendapan lemak. Ini menjadikan madu mempunyai indeks glisemik rendah berbanding pemanis lain.

🍯 Chepulis (2007), amalan pemakanan madu dapat menurunkan berat badan berbanding sukrosa (gula putih).

🍯 Nemoseck et al. (2011) dan Mushtaq et al. (2011) mendapati madu dapat mengurangkan berat badan, adipositi, dan biomarker yang berkaitan (leptin, insulin, dan adiponektin) dan juga profil darah yang lebih baik.

🍯 Satu lagi faktor yang boleh menyumbang kepada pengurangan berat badan ialah kehadiran hidrogen peroksida dalam madu. Hidrogen peroksida boleh menjadi agen mimetik insulin yang kuat.

🍯 Madu Tualang didapati lebih berasid (masam) berbanding madu ternak biasa. Hal ini disebabkan madu Tualang adalah madu multiflora yang mengandungi antioksidan paling tinggi berbanding madu ternak tempatan lainnya.

🍯 V. Baltrušaityte, P. R. et al membuat kesimpulan dalam “Radical scavenging activity of different floral origin honey and beebread phenolic extracts,” diterbitkan dalam Food Chemistry, tahun 2007 ini bermakna bahawa asid fenolik dan flavonoid adalah salah satu komponen utama yang bertanggungjawab untuk aktiviti antioksidan madu yang boleh memberikan kesan kesihatan dan penyembuhan penyakit kronik.

 

Alhamdulillah berdasarkan hasil ujian makmal, Madu Quad yang dituai langsung dari pohon Tualang memiliki Total Phenolic Content (antioksidan) paling tinggi setakat diketahui iaitu 68.4 mg/100g yang mana lebih tinggi dari madu Gelam dan madu Manuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Calendar

June 2022
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Categories

Recent Comments